Ramai sangup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman. Namun perkongsian oleh seorang wanita ini membuktikan tidak perlu menelan pil kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing.

Seorang remaja dari Filipina ini berkongsikan cara dietnya tersendiri yang sangat mudah iaitu hanya minum air putih dengan jumlah yang banyak.

BACA: Dari 70Kg Ke 55Kg, Makan Nasi Tapi Tetap Boleh Kurus

Lebih mengejutkan dengan amalan tersebut, gadis bernama Luchie De Leon itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 2 bulan.

Luchie yang sebelum ini memiliki berat badan mencecah 63kg, nekad memulakan diet ‘air putih’ selepas usahnya untuk mengurangkan berat badan dengan cara berjogging dan mengurangkan pengambilan makanan tidak membuahkan hasil.

Luchie memulakan diet ‘hanya minum air putih’ selepas membaca tentang manfaat air putih untuk menguruskan badan dan ternyata ianya berhasil. Luchie juga mengaku dia jarang ke gym dan jarang mengambil minuman manis dan berkarbonat.

Tips minum air putih:

1. Minum air putih sekurang-kurangnya dua gelas sebelum makan.

2. Setiap kali perut terasa lapar, minumlah air putih. Jika dalam jangka masa 10 minit rasa lapar itu masih ada, itu tandanya tubuh anda memang memerlukan makanan maka makanlah dalam jumlah yang sedikit. Tetapi jika rasa lapar itu sudah hilang selepas 10 minit, itu bererti anda sebenarnya hanya dahaga dan bukan lapar.

3. Adalah lebih baik jika anda meletakkan sedikit perahan lemon di dalam air putih anda untuk menyahtoksik badan anda.

4. Boleh juga campurkan sedikit hirisan halia dalam campuran air putih dan lemon tadi kerana ianya elok untuk membuang angin dalam badan.

Ada yang berpendapat amalan diet tersebut membuatkan kembung perut dan kerap ke tandas. Luchie mengaku pada awalnya dia turut mengalami kesan sedemikian namun lama-kelamaan badannya mula menerima cara diet tersebut dan menunjukkan hasil dalam masa yang singkat.

Mungkin anda boleh cuba tips ini jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi. Apa yang penting, anda kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱