Biasanya ramai yang geli bila melihat binatang reptilia lebih-lebih lagi golongan wanita. Kalau terserempak ular sawa bersaiz besar, semua mesti lari kan?

Lain bagi gadis ini, ular dan biawak dilihat seperti kawan baik. Boleh dibawa berjalan-jalan ambil angin lagi. Kalau kami mungkin dah lari atau pengsan sebab geli campur takut.

BACA: Makan Tikus Demi Awet Muda

Sumber dari Fb Dewi Zulaikha

Gadis yang dikenali sebagai Dewi Zulaikha, 21 tahun ini berasal dari Kuala Kangsar, Perak menjadi tular di laman sosial sejak gambar dirinya mendukung biawak bernama Kenit tersebar luas.

Ramai melihatnya dengan pandangan geli kerana tak pernah melihat seorang gadis bersiar-siar membawa biawak.

Sumber dari Fb Dewi Zulaikha

Malah, ada juga yang mengecamnya kerana perbuatan itu dilihat sebagai untuk mencari perhatian, mahu popular dan ‘acah’ berani.

Bukan itu sahaja, segelintir masyarakat meramal dirinya akan ditimpa musibah dan menyifatkan tindakannya sebagai dunia akhir zaman. Ish tak baik tau cakap macam tu.

Namun, Dewi tak ambil peduli dengan orang yang mengecamnya kerana dia mempunyai sebab tersendiri memelihara Kenit.

Menurutnya, dia menjumpai Kenit berdekatan sungai pada Julai lepas dengan luka dan lemah tak bermaya. Oleh itu, dia membantu menyembuhkan Kenit dengan merawat luka haiwan itu.

“Biarlah apa orang nak cakap yang penting biawak pun makhluk Allah, tak haram disentuh dan saya tak seksa Kenit,” katanya.

Kini, dengan berat hatinya dia sudah membebaskan Kenit kerana mahu dia gembira di habitat asalnya pada bulan lepas.

Tambahnya lagi, Dewi tak pernah menyesal memelihara Kenit dan memuatnaik gambar bersamanya di laman sosial walaupun dikecam.

“Kenapa nak cakap ‘dia’ kotor, mulut orang yang cakap tu bersih ke? Lainlah viral saya dukung suami orang, yang itu nak kecam, kecamlah,” jelasnya.

Once upon a time

A post shared by sisik_biru (@dewi_zulaikhaa) on

Selain pernah berurusan dengan biawak, Dewi sebenarnya memelihara beberapa haiwan reptilia seperti ular dan biawak.

Koleksi ular jangan cakap la, memang banyak dan siap ada King Cobra! Dia kelihatan bersahaja semasa mengusap haiwan reptilia itu di video akaun laman sosial Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Labun Yang Kini Ada Kad Matrik Sendiri
Alahai Comelnya Polis Peronda Ni
Amboi Manja Betul Cik Ah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sebab Cendawan Enoki Viral: Makan Masa Panas Tak Boleh Berhenti!