Pasti ramai di antara anda berazam untuk kurus sehingga bermacam-macam cara dah cuba tetapi tiada yang berhasil. Tidak kurang juga ada yang sanggup berhabis duit dan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan berat badan idaman.

Namun perkongsian oleh seorang gadis ini, Nurul Shahira membuktikan tidak perlu menelan pil kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing. Dari berat 98 kg, gadis berkongsikan caranya untuk menurunkan berat badannya dengan hanya menjaga pemakanan dan kini berat badannya 57 kg.

BACA: Gadis Ini Kongsi Tips Turun 26 Kg Dalam Masa 7 Bulan

Dalam masa 7 bulan, gadis ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 41 kg. Apa yang paling penting, perlu ada kekuatan mental dan fizikal serta kuat menahan godaan nafsu makan.

17 Tip kembali langsing cara Nurul Shahira

1. Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB!

2. Tidur kena cukup

3. Saya makan 5 ke 6 kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit. Bukan banyak ya, so perut kita tak akan lapar. Tapi jangan sampai terlebih kalori.

4. Air manis, ais jangan ambil. Saya langsung tak sentuh

5. Minum banyak air kosong. Minum 3 liter sehari

6. Pagi selalu saya breakfast oat. Banyakkan makan buah, sayur atau sup sayur.

7. Nasi nak makan boleh je. Ambil suku, sebab nasi tu karbo. Sebaiknya ambil beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar.

8. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih. Makan roti wholemeal sahaja. Saya tak suka makan nasi, tapi saya makan roti wholemeal. Roti pun karbo, jadi saya tukar nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti.

9. Jangan ambil mee atau kuetieau sebab makanan tersebut berminyak.

10. Boleh makan bihun saja.

11. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang saya tak ambil.

 

12. Kalau ikan atau ayam, saya makan yang grill atau steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng boleh makan tapi jangan selalu.

13. Makan malam sebelum pukul 8 malam. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong.

14. Kena jogging atau exercise. Exercise tu tak kisah, tengok dekat YouTube pun boleh. Seminggu dalam 2 ke 3 kali dah cukup.

15. Saya tak ambil apa-apa supplemen. Malam sebeleum tidur saya ambil teh hijau.

16. INGAT! Pastikan anda tahu berapa kalori makanan yang kita ambil setiap hari dan berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita. Jangan terlebih kalori.

17. Diet 80%, exercise 20%. Jadi, jaga pemakanan itu penting.

 

Kesimpulannya, tak ada benda yang tak boleh di dunia ini

Semua bergantung atas diri kita. Kalau kita usaha, kita akan dapat. Kalau kita tak usaha, kita tidak akan dapat apa yang kita inginkan. Kalau saya boleh, anda pun mesti boleh.

InsyaAllah. Diharap apa yang saya kongsi ini boleh membantu anda semua. Kalau dah berjaya kuru, kongsikan kepada saya. Buatlah gambar saya ini sebagai pembakar semangat anda.