Gadis Ini Kongsi Tips Turun 26 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Pasti ramai di antara anda berazam untuk kurus pada tahun 2019. Tapi janganlah biarkan azam anda itu hanya angan-angan kosong sahaja seperti tahun-tahun lalu.
Mungkin anda boleh cuba tips kurus yang dikongsikan oleh gadis ini yang hanya mengamalkan cara sihat dan paling penting tanpa pil kurus. Lebih mengagumkan, dalam masa 7 bulan gadis ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 26 kg dengan hanya mengamalkan 11 tips diet ini.
BACA: Cepat Penat Bila Solat, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 17 Kg
Amalkan minum teh hijau
Menurut gadis bernama Miera ini, dia tidak mengambil nasi, mee atau pasta. Jika makan roti, dia akan mengambil roti wholemaal. Katanya lagi, jika anda jenis yang tak boleh kalau tak makan nasi, makan nasi sebesar penumbuk sahaja.
Menerusi perkongsian gadis ini, boleh dilihat dia sangat menjaga waktu pemakanan dari sarapan pagi hinggalah ke snek. Tips paling penting, amalkan minum teh hiau sehari atau dua hari sekali untuk membantu meningkatkan metabolisma.
Paling penting please cut SUGAR!
Kalau dah nama pun diet, paling penting katakan tidak pada gula dan jangan minum air manis. Kata gadis ini lagi, kira pengambilan kalori setiap hari dan pastikan tidak terlebih.
Tips penting lain yang dikongsikan ialah minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari untuk mengelakkan terlebih makan. Senaman juga penting, dimana gadis ini berjogging 4 hingga 5 kali seminggu selama 30 minit.
Ini juga antara tips penting. Gadis itu menyarankan untuk timbang berat seminggu sekali. Katanya lagi, jika timbang hari-hari kemungkinan akan mengalmi tekanan dan akhirnya berat badan tak turun-turun.
Orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh
Dalam pada itu, gadis itu juga berkata mindset perlu diubah jika nekad mahu kuruskan badan. Katanya lagi, jika anda malas sampai bila-bila pun impiand anda itu tidak akan kemana.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Shira Mansor