Char kuey tewo memang cukup sinonim dengan masyarakat di negara ini. Tidak kira di mana saja masakan popular ini menarik perhatian ramai pembeli dan pastinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Sekarang ni macam-macam hidangan makanan peniaga cuba buat untuk jadi lebih kreatif dan viral. Kadang-kadang tu tak masuk akal pun ada. Kalau sebelum ini dah ada Nasi lemak cheese, tapi pernah tak terfikir wujudnya Char Kuey Teow bersama keju?

BACA: Resepi Chicken Meatball Bolognese Cheese Leleh Ala Pizza Hut

Baru-baru ini tular di Twitter hidangan yang diberi nama cheesy char kuey teow. Seperti sudah dijangka hidangan tersebut dikecam teruk oleh netizen yang berpendapat ianya tidak patut ditambah keju.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan ada saja idea ‘pelik’ untuk menggabungkan hidangan Malaysia bersama cheese.

Biarpun kedengaran agak pelik dan ramai yang mengecam, namun ada yang sudah mencuba hidangan itu dengan mengatakan gabungan tersebut sememangnya menjadi dan sedap.

Namun, ada segelintir netizen tertarik untuk mencuba menu ‘eksperimen’ tersebut. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan kombinasi tersebut, namun ada yang mempertahankan bahawa tidak salah untuk mencuba menu baru.

Kalau rasanya sedap apa salahnya untuk mencuba. Mana tahu lepas ni ada yang makan tempoyak atau budu campur cheese.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥