Baru-baru ini tular mengenai kehilangan seorang gadis Ireland dari bilik penginapan keluarganya di sebuah resort di Pantai, Seremban sejak 4 Ogos lalu.

Memetik laporan Harian Metro, gadis berkenaan dipercayai meninggalkan bilik penginapan dengan hanya memakai pakaian dalam.

BACA: Bayi Hilang Ditemui Mati Dalam Peti Sejuk Pengasuh

Ahli keluarga memberitahu ketika gadis itu hilang semua pakaian berada di dalam bilik dan dia hanya memakai pakaian dalam.

Lebih menyukarkan lagi keadaan, kehilangan remaja itu tidak dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di resort berkenaan.

Sebelum ini, pihak polis turut menolak dakwaan media antarabangsa bahawa Nora Anne Quoririn berusia 15 tahun itu menjadi mangsa culik.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berpendapat dari hasil siasatan di bilik penginapan tersebut tiada unsur jenayah ditemui.

Dalam pada itu, salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Tan menolak kemungkinan remaja itu diserang binatang buas kerana sepanjang 13 tahun menghuni di kampung itu tidak pernah melihat kehadiran binatang buas.

ARTIKEL BERKAITAN:
Bil Cecah RM800,000, Lelaki Ini Perlukan Bantuan Orang Ramai
Wanita Terengganu Paling Ramai Diabetes Di Malaysia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138