Gadis Jelita Jual Aiskrim Kini Viral
Apabila musim panas pastinya anda akan berasa gembira apabila mendengar bunyi loceng dan laungan si penjual aiskrim. Kebiasaannya yang biasa kita temui adalah penjual aiskrim lelaki dan kini ramai juga pendatang asing dari Bangladesh bekerja sebagai penjual aiskrim.
BACA: Status Facebook Dikecam Teruk, Kuih Semperit Jadi Pengubat Duka
Namun berlainan dengan seorang gadis jelita yang berasal dari Langkawi ini apabila sanggup menjadi penjual aiskrim ketika cuti semester.
Syamimi Azhari yang juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda pendidikan biologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini mengisi masa cuti semesternya dengan membantu peniagaan aiskrim keluarganya ini.
Selain bergelar seorang pelajar universiti, Syamimi juga turut berbakat sebagai make up artist dan sering menerima tempahan dari pihak luar dan dia juga merupakan model sambilan.
Tidak berasa malu dengan pekerjaan penjual aiskrim itu, Syamimi berasa positif dan seronok kerana berpeluang bertemu ramai orang dan menerima komen yang baik dari para pelanggannya.
Daripada gambar dan video yang Syamimi kongsikan di Facebooknya kita dapat lihat kehadiran penjual aiskrim pastinya menjadi sambutan yang hebat dari para penduduk dan berperanan membawa keceriaan.
Usaha dan minat yang ditunjukkan Syamimi ini harus menjadi ikutan kepada generasi yang muda tentang betapa pentingnya kita perlu berminat dengan perniagaan.
VIDEO: Apa Yang Kami Makan Di Kuala Terengganu?
- SUMBER
- Facebook Syamimi Azhari