Berita baik untuk rakyat Malaysia dimana kerajaan memutuskan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,200 sebulan di 57 bandar-bandar utama, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan bagi selain daripada wilayah bandar utama.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata tarikh kuat kuasa perintah gaji minimum baharu bermula 1 Januari 2020 ke atas semua majikan dan perintah tersebut akan diwartakan dalam masa terdekat.

BACA: Gaji Minimun Naik RM1,200 Tetapi Untuk Wilayah Bandar Utama

Keputusan kerajaan meningkatkan gaji minimum bagi pekerja di wilayah bandar-bandar utama adalah bagi membantu pekerja di kawasan ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Bandaraya utama yang terlibat:

  • Johor Bahru
  • Iskandar Puteri
  • Alor Setar
  • Melaka Bersejarah
  • Pulau Pinang
  • Seberang Perai
  • Ipoh
  • Shah Alam
  • Petaling Jaya
  • Kuala Terengganu
  • Kuching Utara
  • Kuching Selatan
  • Miri
  • Kota Kinabalu
  • Kuala Lumpur

Manakala bandar utama ialah Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Segamat, Pasir Gudang, Kulim, Sungai Petani, Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Bharu.

Turut tersenarai ialah bandar Alor Gajah, Jasin, Hang Tuah Jaya, Seremban, Nilai, Port Dickson, Jempol, Kuantan, Temerloh, Bentong, Manjung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Kangar, Ampang Jaya, Kajang, Klang, Selayang, Subang Jaya, Sepang, Kemaman, Dungun, Padawan, Sibu, Kota Samarahan, Bintulu, Sandakan, Tawau, Labuan dan Putrajaya.

Ladar gaji minimum akan terus disemak bagi memastikan ia sejajar dengan keperluan semasa dan juga selaras dengan hasrat untuk mencapai kadar gaji minimum RM1,500 sebulan dalam tempoh lima tahun pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang