Isu gaji membabitkan siswazah di Malaysia bukanlah perkara baru dan ianya sering menjadi perbualan netizen di media sosial. Bahkan, isu gaji juga antara satu isu yang tidak pernah selesai.

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malysia mendedahkan gaji purata siswazah meningkat jika dibandingkan dengan tahun 2017 iaitu sebanyak RM221 (4.7%) daripada daripada RM4,676 kepada RM4,897.

BACA: Gaji Minimum RM1,200 Sebulan Di 57 Bandar Utama Mulai Januari 2020

Statistik yang diperoleh daripada tinjauan Gaji dan Upah yang mengumpul maklumat berkenaan gaji dan upah bulanan mengikut pekerjaan utama sepenuh masa atau setaraf bagi pekerja bergaji.

Apa yang menarik untuk disimpulkan, siswazah lelaki menerima gaji penengah dan purata bulanan lebih tinggi iaitu masing-masing RM4,335 dan RM5,475.

Daripada laporan tersebut, siswazah berumur 45 tahun dan ke atas menerima gaji penengah dan purata tertinggi dengan masing-masing sebanyak RM6,859 dan RM8,199 berbanding siswazah perempuan yang hanya menerima RM3,727 dan RM4,369.

Laporan itu turut menyatakan siswazah yang bekerja di Kuala Lumpur menikmati bayaran gaji dan upah paling tinggi dengan gaji purata dan penengah masing-masing sebanyak RM6,424 dan RM4,654.

Siswazah yang bekerja di Melaka menerima gaji dan upah paling rendah dengan masing-masing RM4,086 bagi purata dan RM3,127 (penengah).

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang