Sebut saja aiskrim, boleh dikatakan tiada siapa dapat menolak pencuci mulut kegemaran ramai ini. Paling sedap kalau dapat nikmati aiskrim ketika waktu panas, memang sejuk je rasa tekak.

Kebiasannya aiskrim perisa coklat dan vanila sering menjadi pilihan, namun ada yang sukakan perisa lain daripada yang lain seperti ‘mint’. Tetapi pernah tak anda terfikir wujudnya aiskrim perisa Paracetamol?

BACA: Ini Cara Buat Aiskrim Milo Sama Macam Beli Di Kedai

Kedengaran agak pelik, namun aiskrim perisa ubat itu sememangnya wujud dimanaianya mula tular di media sosial Indonesia selepas dimuat naik oleh netizen di laman Twitter.

Menerusi gambar yang dikongsikan turut tertulis bahawa sebanyak 20 tablet paracetamol digunakan untuk pembuatan aiskrim itu.

Apa yang pasti, rata-rata netizen berasa teruja dan ingin tahu bagaimana sebenarnya rasa ais krim paracetamol tersebut.

Siapa yang demam atau sakit kepala boleh la beli aiskrim ini. Tetapi ianya hanya dijual di Indonesia sahaja. Mana tahu tak lama lagi ianya dijual di Malaysia pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?