Jika ada diantara anda yang suka sangat gigit kuku seperti gadis ini, pasti akan berhasrat untuk menghentikan tabiat tersebut. Sama seperti seorang gadis ini, Courtney Whithorn, 20, tidak menyangka tabiat yang sering diamalkan apabila dalam keadaan panik dan tertekan menyebabkan dirinya menghidap kanser.

Tabiat tersebut dilakukannya sejak tahun 2014, apabila dia sering menjadi mangsa buli. Lebih bertambah buruk, dia sering menggengam tangannya dan memakai kuku palsu kerana tidak mahu rakan dan keluarganya tahu mengenai keadaan jarinya yang semakin kehitaman.

BACA: Isi Jari Kena Potong Akibat Mainan

Gadis itu kemudian bertemu pakar dan disahkan menghidap kanser kulit yang jarang berlaku di ibu jari dan tidak menyangka tabiatnya itu boleh menyebabkan penyakit berbahaya.

Sehingga kini, Courtyney telah melakukan empat kali pembedahan selepas disahkan menghidap penyakit itu sejak Julai lalu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan ibu jarinya, namun akhirnya terpaksa dipotong.

Pada awalnya, gadis itu berjumpa doktor untuk tujuan kosmetik, namun kemudiannya dirujuk kepada doktor bedah plastik yang mencadangkan agar kuku itu dibuang untuk menyingkirkan kulit hitam tersebut.

Bagaimanapun, sebelum pembedahan pertama dilakukan, doktor memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada jarinya. Hasil pemeriksaan lanjut, gadis itu dijangkiti Melanoma Malignan yang sangat jarang berlaku terutama untuk seseorang seusianya.

Pengajaran dari kisah ini, jangan ambil remeh dengan perkara yang tidak disangka-sangka kerana ia mungkin menjadi lebih parah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱