Bayangkan jika barang berharga yang paling bernilai hilang begitu saja akibat kecuaian sendiri, pasti kita akan berusaha untuk mencari sampai jumpa.

Bagi golongan wanita, perhiasan diri adalah penting dalam hidup mereka kerana ia mempunyai nilai dan maksud tersendiri contohnya hadiah perkahwinan atau hadiah ulang tahun.

BACA: 5,000 Mangkuk Mee Percuma Lepas Jumpa Cincin Tunang

Seorang wanita dikenali sebagai Xia dari Yangzhou, Jiangsu, China menyedari kehilangan cincin yang dipakai semasa membuang sampah dua hari lalu.

Dia terus bergegas ke pusat sampah tempatan di Yangzhou untuk membuat aduan mengenai kehilangan cincin berlian yang berharga 110,000 yuan (RM65,184).

Sumber dari scmp.com

Xia bernasib baik apabila bertindak cepat dengan membuat aduan di pusat sampah kerana belum dihantar di loji pembakar sampah (incinerator) dan baru dimampatkan.

Selain itu, Xia beruntung kerana dibantu oleh lapan pekerja pembersihan sampah yang turut menggeledah sampah untuk mencari cincinnya.

Selepas dua jam, mereka berjaya menemui cincin Xia yang hilang dalam kumpulan sampah seberat 13 tan itu.

Xia memuji mereka yang menolongnya kerana begitu baik hati dan menganggap sifat baik hati mereka lebih berharga dari cincinnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Baby Shark Gigit Kaki Nelayan
KFC Jual Ayam Kurang Aroma Hormat Pengguna Subway

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?