“Geramnya Lif Penuh Dengan Orang Sihat Walafiat Tapi Malas”
Meskipun zaman kini sudah serba maju dan canggih, namun ramai masyarakat yang tidak mempunyai sifat prihatin dalam diri mereka. Boleh dikatakan, makin maju dunia, manusia juga semakin mementingkan diri sendiri.
Lihat saja sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak prihatin lebih-lebih lagi dalam penggunaan kemudahan awam. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa geramnya dengan sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri ketika menggunakan lif di pusat membeli belah.
BACA: Rakyat Malaysia Ketiga Paling Malas Di Dunia?
Menurutnya, ramai yang mempunyai tubuh badan sihat tapi mahu menggunakan lif. Jelasnya lagi, dia bukan mahu mempertikaikan hak pengguna, tetapi perlulah beri keutamaan kepada mereka yang lebih memerlukan sebagai contoh ibu bapa yang membawa stroller, warga emas, oku serta ibu hamil.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian netizen lain yang turut berkongsikan pengalaman sama. Seorang netizen yang mempunyai ibu kurang upaya turut berang dengan sikap sesetengah pengguna .
Kata netizen itu lagi, tak salah nak gunakan lif tetapi dahulukan mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan lif.
Disebabkan isu tersebut, ada netizen mengatakan mereka terpaksa membawa stroller menggunakan eskalator sehingga ada yang memandang serong perbuatan mereka itu.
Diharap perkongsian ini dapat membuka mata masyarakat diluar sana tentang penggunaan lif terutama di pusat membeli belah. Bukan anda dilarang gunakan lif, tetapi kalau boleh perlu ada sikap bertimbang rasa dengan penguna lain yang lebih memerlukan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram