Umum mengetahui larangan merokok di kedai makan atau restoran itu sudah dilaksanakan pada Januari lalu. Nampaknya, tempoh enam bulan bagi penguatkuasaan pendidikan di kedai makan dan restoran bakal berakhir Julai ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan mengingatkan pihaknya akan mempertingkatkan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan saman kepada perokok yang masih berdegil.

BACA: “Larangan Merokok Di Kedai Makan Dianggap ‘Buli’ Perokok”

“Setakat ini kita belum mengeluarkan sebarang saman kepada mereka yang melanggar peraturan berkenaan tetapi mulai Julai, kita akan ambil tindakan tegas, dalam tempoh itu juga penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

“Kita minta orang ramai bekerjasama kerana perkara ini berkaitan dengan isu kesihatan, selain itu kita berharap perokok mengubah sikap mereka. Merokoklah di luar kawasan larangan merokok atau lebih tepat, kurangkan merokok,” katanya kepada Harian Metro.

Jika adan diantara anda nekad untuk berhenti merokok, sebanyak 731 Klinik Kesihatan menyediakan khidmat untuk berhenti merokok dan 46 hospital turut menyediakan khidmat sama secara percuma.

Peraturan larangan merokok itu diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, di mana perokok yang melanggar peraturan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Manakala, pengusaha premis makanan yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥