Boleh dikatakan minuman bubble tea kini menjadi kegilaan ramai anak muda. Ada yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan minuman viral itu.

Nampaknya, Secret Recipe juga tidak mahu ketinggalan dengan trend minuman bubble tea. Tampil dengan siri minuman boba, Secret Recipe memperkenal 8 jenis minuman untuk peminat tegar bubble tea.

BACA: Family Mart Perkenal ‘Brown Sugar Bubble Milk’, Hanya RM4.90!

Antara 8 siri tersebut ialah Boba Milk Tea, Boba Midnight Bule, Boba Caramel Milk Tea, Boba Brown Sugar Milk Tea, Boba Brown Sugar With Milk, Boba Cham, Boba Kopi-C dan Boba Signature Fruit Tea.

Harga yang ditawarkan untuk menuman 8 Siri itu bermula dari RM6.50 hingga RM10.40 dan boleh didapati di 39 cawangan Secret Recipe, boleh semak disini.

Tunggu apa lagi, boleh la ajak kawan-kawan untuk terjah cawangan Secret Recipe berhampiran anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥