Golongan Anti-Vaksin Diundi Sebagai Manusia Paling Dibenci Tahun 2019
Tinggal beberapa hari saja lagi tahun 2019 bakal melabuhkan tirai. Boleh dikatakan tahun ini pelbagai insiden baik, buruk atau isu yang hangat diperkatakan di media sosial.
Baru-baru ini, VICE yang merupakan salah satu portal digital media dunia telah melakukan undian bagi mereka yang paling dibenci di media sosial. Keputusan undian yang diterima oleh VICE agak mengejutkan tetapi sangat dekat dengan situasi di Malaysia.
BACA: Sudahlah Tak Nak Vaksin Anak, Mufti Pula Digelar Penunggang Agama
Keputusan undian menunjukkan golongan paling dibeci adalah golongan anti-vaksin.
Rupanya, golongan ini sememangnya wujud di seluruh negara. Lebih mengejutkan golongan ini sering melaksanakan brainwash kepada ibu mengandung media sosial.
Badan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyatakan bahawa golongan anti-vaksin adalah antara ancaman kesihatan peringkat global sepanjang 2019.
Situasi di Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila seorang bayi tiga bulan disahkan menghidap penyakit polio dan ini merupakan kes pertama sejak tahun 1986.
Di Malaysia, desakan untuk mewajibkan vaksin mula kedengaran dan ada juga cadangan supaya ibu bapa dihukum jika gagal menjalankan tanggungjawab kepada anak.
Walau apapun situasinya, ‘wabak’ golongan anti-vaksin wajib dibendung bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya jika gagal mengambil vaksin.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- Sinar Harian