Gugup Punya Pasal, Pengantin Tersasul Mas Kahwin RM200 Jadi RM2
Perkahwinan merupakan perkara besar hidup seseorang dan ianya titik permulaan baru untuk melangkah ke fasa baru iaitu daripada bujang kepada suami atau isteri orang.
Sebelum akad nikah, persediaan perlu dilakukan terutama bagi pengantin lelaki supaya tidak tersasuk atau gugup ketika melakukan lafaz nikah.
BACA: “Total Barang Rumah RM24,000, Gila Macam Mana Nak Kahwin”
Namun ini mungkin pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pengatin lelaki ini, Mohd Haris Mahat, yang tersasul menyebut mas kahwin RM200 menjadi RM2 semasa terima akad nikah kerana terlalu gugup.
Video momen paling manis berdurasi 53 saat itu dikongsikan oleh isterinya, Nora Abd Kader menerusi Facebook.
Menurut Nora, majlis pernikahnnya berlangsung pada 21 Jun lalu namun dia baru sahaja memuat naik video tersebut.
Adaaa oranggg tu gugup punyaa pasal, mas kahwin RM200 terusss jadi RM2.00… Penat kitaaa gubah sireh junjung dgn mas kahwinnn tuu bentukk mungee mungeee dia boleh buat lawak pulakk… hai laki akuu ni 😂😂😂#NHsolemnization
Posted by Ungu Violet on Sabtu, 6 Julai 2019
“Aku terima nikah Nora… dengan mas kahwinnya, RM2 tunai. Ada orang itu gugup punya pasal, mas kahwin RM200 terus jadi RM2.00… Penat kita gubah sireh junjung dengan mas kahwin itu bentuk bunga-bunga, dia boleh buat lawak pulak, hai laki aku,” tulis Nora.
Berkongsi cerita apa yang berlaku, Nora berkata dia memarahi suaminya tetapi ditenangkan ahli keluarga lain kerana memahami perasaan gugup pengantin lelaki.
“Saya tak tunggu… Masa itu juga marah dia, cakap eeee serius lah nak kahwin pun main-main dengan nada marah, tetapi ahli keluarga yang ada semua suruh bertenang. Alhamdulillah, kali kedua, baharulah akad nikah itu sah,” katanya kepada Sinar Harian.
Ceritanya lagi, dia memahami situasi suaminya itu yang mungkin bersedih kerana ibunya tidak dapat hadir kerana kurang sihat.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Sinar Harian