Umum mengetahui tinggal beberapa hari saja lagi musim durian akan tamat. Jadi ramai yang berpusu-pusu singgah ke gerai durian untuk membeli buah tersebut.

Namun, tidak semua penjual menjual durian dengan harga murah. Kalau nak dapat harga murah memang anda perlu cari dan selalunya nak dapat murah kena pergi di tempat kampung-kampung.

BACA: Durian Paling Sempurna Ini Dijual RM200,000 Sebiji!

Tetapi pertama kali dalam sejarah apabila penjual durian ini hanya menimbang isi durian sahaja tanpa kulit durian. Harga ditawarkan RM25 sekili hanya untuk isi sahaja, memang berbaloi sangat.

“Pertama kali dalam sejarah, durian timbang kilo isi durian sahaja ditimbang. Kulit buang jauh, kasi Viral penjual ni…

Posted by Viral Media Johor on Isnin, 8 Julai 2019

Malah penjual itu juga akan buang isi yang tidak elok dan gantikan dengan yang lain.

Difahamkan gerai durian itu terletak di lebuhraya Universiti Utara Malaysia menghala ke Changlun.

Perkongsian itu tular di media sosial mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji peniaga tersebut. Malah, ramai yang mendoakan semoga peniaga durian itu dimurahkan rezeki.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥