Baru-baru ini di Batu Kurau, Perak berlangsungnya Program Jom Makan Durian, Makan Sampai Pengsan. Untuk pengetahuan anda, tahun ini merupakan kali kedua ianya diadadakan.

Difahamkan, sebanyak 4 tan durian disediakan untuk penggemar durian. Walaupun program bermula jam 10.30 pagi, namun tempat tersebut dipenuhi pengunjung seawal jam 7 pagi.

BACA: Musim Durian Tinggal 10 Hari Sahaja Lagi

Laporan media juga turut melaporkan, lebih 10,000 pengunjung menyerbu program tersebut. Bila dah ramai yang datang, seperti sudah dijangka ada cerita tak sedap didengar ketika program itu berlangsung.

Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter ini, orang Malaysia memang pantang kalau dengar benda percuma. Jauh mana pun mereka akan sanggup datang.

Nak cerita sikit pasal perangai buruk orang kita

Menurut lelaki ini yang juga penduduk Batu Kurau, tahun pertama program tersebut tidak ramai yang datang kerana tidak viral seperti tahun ini.

Suruh beratur elok-elok pun tak nak, beruk pun boleh beratur

Katanya lagi, tidak kisah ramai mana yang mahu datang makan durian tetapi apa yang menjadi masalah adalah ‘perangai buruk’ pengunjung yang berebut-rebut dan tidak mahu beratur kerana bimbang durian akan habis

Yang nak kena bersihkan sapa? Anjing?

Bukan itu sahaja, sudah habis makan sampah dibiarkan bersepah begitu sahaja sedangkan tong sampah banyak disediakan.

Paling babi, bila ada yang bawa plastik besar kutip makanan

Kata pemuda itu lagi, lebih teruk lagi apabila ada yang datang membawa plastik untuk membungkus makanan tanpa peduli pengunjung lain yang datang.

Sampai bila orang Malaysia ni nak maju

Terkilan dengan sikap pengunjung, pemuda itu berkata inilah punca orang Malaysia tidak akan maju jika perkara semudah itu tak boleh lakukan.

Ini bukanlah perkaru baru di Malaysia dan sudah beberapa kali di tular mengenai perangai orang kita yang tidak tahu menjaga adab sedangkan budaya kita terkenal dengan adab sopan santun.

ARTIKEL BERKAITAN:
Durian McFlurry Tarik Diri, Jumpa Lagi Tahun Depan
Ini Punca Ramai Boikot Durian Timbang
Kenapa Durian Tanpa Duri Ini ‘Famous’ Di Thailand?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

#KakiMakan EP1: Jumpa Ketam Kelapa Kat Sabah!