Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Aidilfitri dan ramai yang sedang sibuk buat persiapan untuk perjalanan jauh pulang ke kampung.

Sejak kebelakangan ini penggunaan tilam di tempat duduk belakang kenderaan sudah menjadi trend dikalangan masyarakat negara kita.

BACA: Nampak Kereta Guna Lorong Kecemasan, Boleh Terus WhatsApp JPJ

Tapi tahukah anda, bahawa penggunaan tilam di bahagian tempat duduk belakang kenderaan menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

Foto: Motoqar

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr. Siti Zaharah Ishak walaupun ramai mendakwa ia untuk keselesaan namun ia sangat bahaya dan dilarang.

“Perbuatan yang menjadi trend itu merbahaya dan boleh disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya.

Selain itu, penggunaan telefon bimbit semasa memandu antara punca kemalangan jalan raya semasa sambutan musim perayaan.

Menurut beliau, perbuatan seperti bercakap menggunakan telefon, menggunakan aplikasi WhatsApp atau Facebook dan mengambil gambar ‘selfie’ atau `wefie’ semasa memandu turut menyumbang kepada kadar kemalangan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?