Kemelut antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un dilihat semakin berpanjangan apabila Trump membalas kenyataan Kim Jong Un di laman sosial.

Berikutan itu, pemilik akaun Twitter KFC UK bertindak ‘mengusik’ Trump di laman sosial Twitter bersama pesaingnya, McDonald’s.

BACA: Israel Beri Nama Stesen Kereta Api Donald Trump

Sumber dari businessinsider.my

Selasa lalu, presiden AS itu dilihat memuatnaik tweet membalas kenyataan Kim Jong Un mengenai butang nuklear yang sentiasa berada di atas mejanya serta menyatakan AS berada dalam lingkungan senjata nuklear mereka.

“Bolehkah seseorang dari rejimnya memaklumkan kepadanya bahawa saya juga mempunyai butang nuklear, tetapi ia lebih besar dan lebih kuat daripada yang dimilikinya dan butang saya berfungsi!” katanya.

Oleh itu, akaun Twitter KFC UK memerli Trump di laman sosial tersebut dengan mengaitkan patung restoran makanan segera McDonald’s iaitu Ronald Mcdonald.

“Ketua McDonald, Ronald baru menyatakan dia sentiasa mempunyai sebiji burger di atas mejanya. Bolehkah seseorang dari rejim kasut besarnya, hidung merahnya, memberitahunya bahawa saya juga mempunyai burger di meja, tetapi saya punya adalah sekotak hidangan yang lebih besar dan lebih hebat daripada yang dimilikinya dan saya mempunyai kuah!” tulis KFC UK.

Ia sebenarnya kelakar apabila dibaca dan kami faham pihak KFC tidak berniat untuk melaga-lagakan sesiapa tetapi hanya bergurau melalui tweet yang ditulis oleh Presiden AS itu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Trump Sedia Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel
Lukisan Cincai Donald Trump Dijual Hampir RM70,000!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekerjaan Vitdaily Terbongkar? | Vitdaily Vlog 09