Hafal 30 Juzuk Quran, Makan Free Selamanya
Menghafal al-Quran bukanlah perkara yang mudah dan harus dipraktikkan selalu agar lidah kita sentiasa lancar apabila membaca surah. Bertuah sungguh kepada sesiapa yang telah menghafal hingga 30 juzuk al-Quran kerana dapat menikmati makan percuma selamanya di sebuah gerai di Jakarta, Indonesia.
BACA: Nasi Lemak Percuma Tiap Jumaat
Peniaga Mie Ayam Bu Ijah di Harmoni, Jakarta Pusat, Indonesia iaitu Bu Ijah menawarkan tawaran yang lumayan iaitu makan percuma selama seminggu jika hafal juzuk 30 manakala makan percuma seumur hidup jika hafal 30 juzuk al-Quran. Menarik!
Idea unik itu diberi oleh anaknya, Anto yang rajin mendalami ilmu agama. Malah, anaknya juga yang memasang kain rentang ditulis mengenai promosi tersebut di hadapan gerai mereka, lapor detiknews.
Selain menarik perhatian pelanggan, promosi sebegini juga dapat menambah pahala kepada pemilik gerai kerana memberi makanan percuma kepada mereka yang berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.
Mungkin ada pemilik kedai makan di negara kita boleh mencuba promosi ini supaya dapat menarik lebih ramai orang untuk menghafal al-Quran.
ARTIKEL BERKAITAN:
Luar Rock Habis, Ilmu Agama Tip Top
7 Gambar Mekah, Madinah Yang Cukup Tenang Untuk Tatapan Anda
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pedas Level Mati | Bandung Part 01
- SUMBER
- HARIAN METRO