Jika sebelum ini kecoh apabila sebuah pesta bir ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pesta makanan dan minuman Jerman kali ini dibenarkan oleh Menteri Besar Selangor tetapi mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

BACA: Pesta Arak Di Ibu Negara Diharamkan

Gambar sekadar hiasan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyatakan sebelum ini mereka membenarkan pesta itu diadakan kerana penganjur mematuhi peraturan ditetapkan termasuk Majlis Perbandaran Klang (MPK).

“Kita dah bagi approval awal lagi, bukan sahaja tahun ini tetapi tahun-tahun sebelumnya juga. Namun, approval itu diberi apabila penganjur mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Penjelasan itu dibuat setelah Azmin ditanya mengenai penganjuran ‘Centro German F&B Party’ yang menyediakan minuman keras pada 12 dan 13 Oktober ini. Pesta itu akan diadakan di Centro Mall, Klang.

Antara syarat dan peraturan yang harus dipatuhi ialah pihak penganjur harus memastikan orang Islam tidak menyertai pesta itu dan meminta lesen untuk menghidangkan minuman keras.

Namun, pihak polis membuat kenyataan bahawa mereka tak terlibat dengan penganjuran kerana mendapat ancaman militan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Hong Kong Buat Parti Buih Secara Terbuka?
Starbucks Indonesia Didakwa Sokong LGBT

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tergeliat Lidah Nak Sebut