Pasangan selebriti popular, Hairul Azreen dan isterinya, Hanis Zalikha sering mencuri tumpuan pengguna laman sosial kerana aktiviti keluarga mereka yang menarik di samping Hanis yang gemar berkongsi tips dan resepi masakan di akaun laman sosial miliknya.

BACA: Tak Sampai RM20 Dah Boleh Buat Ayam Goreng Cheese Ala Korea

Kini, bukan sahaja si isteri pandai memasak, namun si suami juga cuba untuk memasak dan turut berkongsi tips mengenai bagaimana mahu membuat ayam goreng lebih sedap daripada KFC.

Hairul berkongsi tips ayam goreng tersebut di laman sosial Instagram miliknya pada bulan Januari tahun lepas sambil memberitahu rahsia untuk membuat ayam goreng lebih rangup ialah dengan menggaul ayam bersama beberapa ketulan ais yang dicampur dengan sedikit lada hitam.

Bahkan, dia juga menunjukkan langkah demi langkah untuk memasak ayam goreng tersebut bermula dari menggaul ayam dengan ais, gaul dengan tepung sehinggalah menggoreng ayam hingga masak.

Masakan ini amat mudah dan sesuai kepada anda yang baru hendak belajar memasak atau teringin makan ayam goreng rangup ala KFC.

Selain itu, Hairul turut berjenaka dengan meletakkan hashtag ‘#ChefKekRul’ di akhir ruangan caption di laman sosial Instagram miliknya. Nampaknya lepas ni boleh cuba resepi ayam goreng yang dikongsi oleh Hairul Azreen dengan keluarga tersayang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan-Makan: Kepak Ayam Bibie