Berkongsi resepi bersama peminat merupakan salah satu aktiviti sampingan semasa seorang artis ini memasak.

Tidak hanya berkongsi resepi, dia juga gemar memberi tips berguna di samping memberi idea kepada para ibu dan isteri untuk menu masakan harian jika anda melihat instastory akaun Instagram miliknya.

BACA: Resepi Ayam Spicy Korean Hanis Zalikha Viral!

Hanis Zalikha atau sering dipanggil Keknis, berkongsi resepi terbaru iaitu Butter Prawn Berempah Keknis Style pada hari ini.

Bahan-bahan

Beberapa ekor udang
Serbuk rempah kari ikan
3 ulas bawang putih
1 biji cili padi
1 cawan susu segar
1 sudu susu pekat manis
1 sudu gula
Beberapa helai daun kari
Sedikit oat
Sedikit butter
Secubit garam

Cara-cara

– Lumur udang dengan rempah kari ikan.

– Potong bawang putih, cili padi dan ambil sedikit daun kari. Ketepikan.

– Goreng udang hingga masak.

– Letak oat dalam satu bekas.

– Masukkan udang digoreng tadi ke dalam bekas oat tadi.

– Masukkan butter ke dalam kuali. Kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

– Tumis sehingga naik bau.

– Masukkan susu segar, susu pekat manis, gula dan garam. Masak sehingga mendidih.

– Kemudian, masukkan udang bersalut oat tadi ke dalam kuali. Gaul rata.

– Siap! 🙂

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Siapa Suka Pedas, Kena Makan Di Bert’s!