Hanya Buat Muka Sedih, Boleh Dapat RM10k Sebulan
Sekarang ini semakin banyak pengemis warga asing meminta sedekah di di persimpangan lampu isyarat. Ada juga yang sanggup membahayakan nyawa berdiri di tengah jalan semata-mata untuk meminta simpati.
Berdasarkan laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, dengan bermodalkan wajah sedih, setiap pengemis mampu meraih RM300 sehari atau RM10,000 sebulan.
Laporan juga mendedahkan, mereka juga sering berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain serta menjalankan kegiatan tersebut hanya pada waktu tertentu bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, golongan terbabit memilih di mengemis di lampu isyarat kerana mudah untuk menagih simpati.
“Ini termasuk tidak mempunyai pekerjaan tetap, ketagihan alkohol dan bekas penagih dadah.
“Mereka memilih untuk melakukan aktiviti mengemis di lampu isyarat kerana mampu mendapatkan hasil lebih lumayan dan juga lebih mudah bagi mereka untuk melarikan diri jika terserempak dengan kenderaan penguat kuasa,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.
JKM juga memberitahu, tiada maklumat membuktikan bahawa kumpulan pengemis berkenaan dilindungi sindiket tertentu.
- SUMBER
- Mynewshub