Jika anda pernah melancong ke Korea, pasti anda sudah merasai keenakan lempeng negara itu yang dikenali sebagai Jeon Platter.

Kini, anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan resepinya juga dioalah supaya lebih menepati citarasa rakyat Malaysia oleh seorang pengguna Facebook iaitu Aisha Shukor.

BACA: Jom Cuba Resepi Burger Prosperity Homemade

Bahan-bahan

– Bawang besar (dipotong kecil)
– Cili merah
– Daun bawang (dihiris halus)
– Daging kisar (jenama Ramly)
– Sebiji telur
– Garam secukup rasa
– Sedikit air (lebih kurang 3/4 mangkuk)
– Sedikit tepung gandum

Cara-cara

– Sediakan semua bahan mengikut sukatan diberikan atau citarasa sendiri. Campurkan bawang, cili, daun bawang, daging kisar dan telur ke dalam satu mangkuk.

– Kemudian, masukkan garam secukup rasa.

– Masukkan air ke dalam bancuhan.

– Masukkan tepung.

– Pastikan bancuhan tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

– Panaskan kuali non-stick dan goreng lempeng saiz kecil sebegini.

– Terbalikkan bila bahagian bawah sudah masak.
– Siap!

ARTIKEL BERKAITAN:
Resepi Nasi Goreng Cili Kering Kegemaran Ramai
Ini Resepi Asal Bubur McD

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Itu Teh Beng Jebok Madu (100% Madu Asli 🔥🔥🔥)