Setiap wanita pasti mempunyai lelaki idaman mereka masing-masing. Hidup di negara yang berbilang kaum dan majmuk, kita dapat melihat soal bangsa tidak lagi menjadi isu dalam sesuatu perhubungan.

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang gadis mendedahkan bahawa dia tidak suka bercinta dengan lelaki Melayu. Alasannya kerana kebanyakan lelaki Melayu hanya mampu bawa ke kedai mamak.

BACA: Hanya 1 Sahaja Kedai Mamak Di Negeri Sembilan Ada Sijil Halal

Menurutnya lagi, dia suka diberi hadiah dan dimanjakan dan lelaki Melayu tidak mampu berikan apa yang diinginkannya.

“Saya suka fine dining, diberi hadiah dan dimanjakan, obviously lelaki Melayu tak mampu berikan.

“Mostly lelaki Melayu ni, hanya mampu bawa pegi kedai mamak, buka memilih, tetapi saya kerja keras selama ini jadi saya tak suka pegi tempat seperti itu, hanya fine dining,” tambahnya.

Seperti sudah dijangka, video tersebut menerima kecaman netizen terutamanya kaum lelaki. Malah ada yang menyifatkan gadis itu sebenarnya hanya mahu lelaki berduit.

Bagaimanapun ada yang memuji gadis itu kerana berterus terang dan mempertahankan gadis itu kerana setiap orang ada lelaki idaman mereka tersendiri.

Kata netizen lagi, jika lelaki ada pilihan mereka sendiri yang hanya mahukan perempuan cantik, tiada salahnya jika wanita juga mempunyai lelaki pilihan mereka.

Namun ada yang berpendapat, tiada masalah jika mempunyai lelaki idaman mereka sendiri tetapi tidak perlu merendah-rendahkan individu lain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi