Di Malaysia, hampir 600,000 orang menggunakan pengangkutan awam setiap hari dan ini merupakan berita baik buat mereka.

Memetik laporan The Edge Markets, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan Pas Bulanan Tanpa Had Pengangkutan Awam RM100 bermula tahun 2019. Tinggal berapa bulan saja lagi.

BACA: Cop Parking’ Kesalahan Jenayah, Anda Boleh Di Penjara

“Pas bulanan tersebut adalah untuk menggalakkan lagi orang ramai untuk menggunakan MRT dan perkhidmatan bas sedia ada.”

Dalam masa yang sama, kerajaan juga berhadap dengan perlaksanaan tersebut, lebih ramai rakyat Malaysia akan menggunakan penggunaan awam daripada membawa kenderaan sendiri ke tempat kerja, sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar.

Foto: TimeOut

Pasti rakyat Malaysia teruja mendengar berita ini kerana buat masa ini menaiki pengangkutan awam setiap hari boleh menelan kos sebanyak RM200 sebulan bergantung pada jarak perjalanan.

Bagaimanapun, ada yang beranggapan kerajaan mesti menaik taraf kemudahan dan bilangan bas yang beroperasi terlebih dahulu untuk mengatasi jumlah penumpang yang akan lebih ramai nanti.

Ini antara salah satu janji dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan dan pasti ramai yang tidak sabar menunggu untuk direalisasikan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dari Stereng Lock, Boleh Jadi Promosi Domino’s Pizza
Mengamuk Sebab Gerai Kena Roboh Sebelum Raya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2