Bukan saja muzik K-Pop yang popular di Malaysia, malah makanan dari Korea juga turut menjadi kegemaran ramai. Ramai diantara anda di luar sana turut menjadikan Korea sebagai salah satu destinasi percutian pilihan.

Jika ke Korea, tak lengkap rasanya jika tidak Myeongdong Street dan mencuba makanan yang dijual di gerai sekitar kawasan tersebut. Bagaimanapun, jika anda ke sana, pastikan anda berhati-hati dengan logo halal yang dipaparkan kerana ianya logo palsu.

BACA: Burger Pedas Ramen Korea Viral Di Alor Setar

Lebih mengejutkan, penjual mengatakan makanan yang dijual oleh mereka halal setiap kali melihat pengunjung atau pembeli yang bertudung.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook ini yang hampir 5 tahun tinggal di Korea Selatan, mendedahkan perkara yang ramai para pelancong tidak tahu tentang gerai-gerai makan yang ditampal logo halal.

 

Menurutnya, sejak dari awal lagi dia kurang yakin dengan logo halal yang dipaparkan oleh peniaga di Myeongdong Street yang kini dilihat semakin banyak ditampal pada gerai-gerai makan.

Pengguna itu juga turut meluahkan rasa pelik apabila kebanyakan orang Malaysia dan Indonesia terus menikmati makanan yang dijual tanpa rasa was-was. Katanya lagi, di Korea banyak syarikat yang tipu menjual daging atau ayam halal dan letak logo palsu.

Jika anda bercadang untuk ke Korea, berhati-hatilah dalam memilih makanan utk dimakan. Bimbang termakan benda yang tidak sepatutnya nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥