Sekarang ni bukan hanya muzik K-Pop saja yang popular di Malaysia, malah makanan dari Korea juga menjadi kegemaran ramai. Mesti ramai diantara anda yang suka tengok video bintang Mukbang makan hidangan Tteokbokki yang popular di Korea.

Tteokbokki atau rice cake mempunyai rasa pedas dan manis. Kalau anda teringin nak mencuba makanan popular dari Korea ini, anda boleh ikuti resepi yang dikongsikan oleh Yuss Aisya ini. Cara untuk membuatnya mudah sahaja.

BACA: Resepi Oden Viral, Tak Perlu Beratur Panjang Di Family Mart

Bahan-bahan untuk rice cake (sukat guna cawan yg sama ye*):

1 cawan tepung beras pulut
1/2 cawan air + 1 sudu teh garam (larutkan)

Campurkan dan uli

Cara membuatnya:

1. Uli seminit dua je dapat dah mcm ni. Mangkuk bersih, tepung tak lekat di tangan. Kalau lekat juga, tabur sikit tepung pulut smpai dapat lembut boleh uli. Kalau berderai, basahkan jari, uli lagi.

2. Tabur tepung pulut atas permukaan tempat uli

3. Bahagikan 4 bahagian. Ikutlah nak bahagi 6 pun boleh lagi senang

4. Sebelum uli, Sediakan 3 cawan air dalam periuk dan panaskan. Letak 1 sudu minyak dalam air. Ambik satu utk uli. Tutup bakinya dengan kain bersih lembab. Uli smpai semua siap.

5. Mcm ni, Hudoh benor uli pon. Kemudian potong pendek-pendek. Masa ni pastikan air dah didih.

6. Rebus dalam air tadi hingga nmpk HAMPIR NAK TIMBUL. Terus ceduk toskan. Tak perlu rebus lama-lama nanti kembang dan tak sedap. Simpan air rebusan 1 senduk.

Bahan untuk sos dari kiri : ** Utk seorang mkn **

1 sudu besar Gochujang (korean chili paste) – Kalau xde jgn panik.. baca next..
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 ulas bwg putih cincang halus
1 sudu teh gula perang
1/4 sudu teh minyak bijan
Standby 1 senduk air rebusan tadi
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Panaskan kuali, masuk 1 sudu minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi. Nak masukkan sosej / fish cake masa ni boleh masuk.

2. Kemudian masukkan semua bahan lain. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan kek beras tadi. *Kalau suka kering tak payah.

Ini gochujang dan minyak bijan yang saya guna. Harga gochujang mahal skit RM11.90 sebab import, tapi berbaloi guna skit je dah rasa. Kalau tak jumpa cari gochujang ni, boleh substitute dgn :

1 senduk sos cili
1 senduk sos tomato
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh kicap karamel / pekat / gula perang

Tapi rasa takkan jadi 100% sama ye sebab gochujang ada mustard & cili korea.

3. Taburkan bijan sangai untuk lebih ‘nutty flavor’. Kalau tak suka boleh abaikan.

Tteokbokki lembut & kenyal nyaman dikunyah, tak lah macam yang beli keras macam getah kan. Rasa savory, nutty & pedas-pedas manja. Selamat mencuba!

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?