Syarikat Heineken Malaysia Bhd bakal memperkenalkan minuman baru mereka tanpa alkohol bermula bulan depan.

Minuman malta yang diberi nama Heineken 0.0 itu sejajar dengan trend pengguna yang semakin meningkat dan berminat dengan kesihatan.

BACA: Botol Clorox & Minuman Yogurt Hampir Sama, Ini Jawapan Tesco Malaysia

Pengarah Urusan Heineken Malaysia, Roland Bala berkata beliau yakin bahawa minuman Heineken 0.0 terbaru itu akan mendapat sambutan yang baik di Malaysia.

“Kami memperkenalkan Heineken 0.0 untuk beri pilihan baru kepada pelanggan dan kami mengharapkan sokongan pengguna Malaysia,” katanya.

Minuman malta tanpa alkohol membuat dilancarkan pertama kali di Singapura tahun lalu dan diikuti oleh Thailand awal tahun ini.

Diimport dari Belanda, saiz pek baru untuk minuman itu akan diperkenalkan dalam botol 250ml.

Harga runcit yang disyorkan adalah RM8.40 setiap botol manakala harga di bar adalah RM14 sebotol.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱