Guru seharusnya dihormati dan disanjungi kerana mereka berkongsi ilmu demi untuk mendidik kita agar menjadi manusia yang berguna bila dewasa kelak. Namun banyak kes kurang enak dialami oleh guru apabila murid-murid zaman sekarang sudah berani berkasar dengan mereka.

BACA: Kisah Baju Sekolah & UPSR Yang Menyentuh Hati

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun tekad memukul kepala seorang guru wanita sekolah rendah di Lahad Datu, Sabah dengan seketul batu kerana ingin mencuri duit guru tersebut di surau sekolah.

“Kejadian itu berlaku di surau sekolah ketika guru berusia 23 tahun itu sedang solat dan ketika tahiyat akhir,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

“Ketika tahiyat akhir… suspek (pelajar) menghentak guru terbabit dengan batu kerana bimbang mangsa menyedari duitnya dicuri,” jelasnya.

“Berikutan itu, guru terbabit menjerit sebelum pengawal keselamatan serta guru lain yang terdengar jeritan itu segera menangkap suspek,” sambungnya.

Akibat dihentak batu, guru malang berkenaan menerima 17 jahitan di kepala dan dilaporkan stabil. Selain itu, pelajar itu kini direman di bawah Seksyen 393/324 Kanun Keseksaan.

Berikutan itu, hasil siasatan mendapati suspek merupakan pelajar sekolah menengah terletak berhampiran lokasi kejadian dan sedang ponteng sekolah dipercayai datang ke surau sekolah rendah kerana mahu mencuri.

Generasi akan datang amat membimbangkan kerana kecil-kecil lagi mereka sudah berani mencederakan cikgu sendiri sedangkan kita pada zaman dahulu paling takut kalau kena denda dengan cikgu jika kerja sekolah tak siap.

ARTIKEL BERKAITAN:
Sambal Belacan Buat Sekolah Huru Hara
Kisah Pelajar Autism Peminat Ultraman

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berlagak Konon Boleh Habiskan