Kedai makan kena serbu hampir setiap hari hanya disebabkan menjual wantan mee halal. Jangan melatah, kedai makan tersebut bukannya diserbu pegawai kesihatan mahupun pihak berkuasa sebaliknya menjadi destinasi orang ramai yang mahu mendapatkan wantan mee halal.

BACA: Pernah Cuba Rojak Sotong Jumbo Di Melaka?

Terletak di Seberang Jaya, Butterworth, Pulau Pinang, kedai makan tersebut akan diserbu awal pagi kerana juadah tersebut akan habis seawal jam 10.30 pagi.

Pemilik kedai, Mohd Azron Ibrahim, 39 tahun, berkata kedainya akan dibuka jam 9 pagi namun isternya, Nabila Chew Abdullah, akan berada di kedai seawal 7.30 pagi bagi melakukan persiapan.

“Kami memulakan perniagaan ini empat tahun lalu. Setiap bahan yang digunakan mendapat kelulusan dairpada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

“Inti digunakan adalah berasaskan ayam. Kami mengambil masa enam bulan untuk mendapatkan resepi yang terbaik,” katanya.

Menariknya, pelanggan yang hadir ke kedai tersebut bukan sahaja berbangsa Melayu malah menarik perhatian bangsa Cina dan India.

“Saya tidak makan daging babi, jadi makanan ini sangat sesuai dengan saya. Pemilik kedai menggantikan daging babi dengan ayam, ia lebih sihat,” kata salah seorang pembeli berbangsa Cina yang menjadi pelanggan tetap di restoran itu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry