Hujan Lebat Diramal Mulai Hari Ini Hingga November
Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dengan keadaan cuaca hujan lebat dan sentiasa peka degan ramalan serta amaran cuaca sepanjang tempoh peralihan monsun yang dijangka bermula hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menerusi kenyataan berkata, fasa peralihan monsun akan bermula mulai 28 September sehingga awal November tahun ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya.
BACA: Suka Makan Ikan Kering Risiko Derita Kanser Hidung
Sepanjang tempoh ini, kawasan serantau negara akan mengalami hujan lebat dan ribut petir serta angin kencang terutamanya pada waktu petang dan awal malam.
Kawasan yang lebih kerap berlaku adalah negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, pantai barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang MET www.metgov.my atau laman sosial Facebook Malaysiamet.
ARTIKEL BERKAITAN:
Malaysia Bakal Berdepan Gelombang Kedua Banjir Ribut
Ini Sebab Sebahagian Gunung Kinabalu Runtuh
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Dia Punya B****r Bakar Memang Montok Dan Gebu
- SUMBER
- siakapkeli