“Hujan & Waktu Malam Jangan Pesan Makanan, Kesian Rider”
Jika dahulu hanya restoran makanan segera sahaja yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan, sekarang semakin banyak pengusaha makanan menawarkan perkhidmatan yang sama.
Sememangnya perkhidmatan penghantaran makanan ini memberikan keuntungan kepada kedua belah pihak. Bagi pengusaha makanan ia dapat meningkatkan jualan, manakala pelanggan pula dapat menjimatkan masa dan tak perlu menempuh jalan sesak untuk membeli makanan.
BACA: Hujan Lebat Diramal Mulai Hari Ini Hingga November
Selalunya kita dengar kes makanan lambat sampai, tapi pernah tak pelanggan memikirkan tentang apa yang pekerja penghantar makanan perlu tempuhi untuk tiba ke tempat yang dituju.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook memuat naik status mengenai perkhidmatan penghantaran makanan. Pengguna Facebook itu memberitahu dia cukup kasihan melihat pekerja yang menghantar makanan menggunakan motosikal dimana mereka terpaksa meredah hujan lebat dan kegelapan malam demi tugas.
Lelaki itu turut berharap agar pengguna tidak memesan makanan ketika cuaca hujan dan memikirkan bahaya yang mungkin boleh menimpa pekerja. Katanya lagi, seboleh-bolehnya pergi ke kedai sendiri untuk membeli makanan jika cuaca tidak baik.
Status tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dikalangan netizen yang bersetuju dengan pendapat lelaki itu. Rata-rata netizen berpendapat, orang ramai tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri.
Bertimbang rasa, Keselamatan jadi keutamaan
Ada netizen berkongsikan kisahnya yang bekerja sebagai rider apabila dia pernah dimarah pelanggan kerana makanan lambat dihantar akibat faktor cuaca.
Ada pelanggan marah jika makanan lambat sampai
Bagaimanapun, ada netizen mengatakan memang ada pekerja yang sanggup menghantar makanan tidak kira dalam apa jua keadaan demi mendapatkan wang.
Apa pun, tiada salahnya untuk bertimbang rasa dengan orang lain. Jika memilih untuk menggunakan perkhidmatan perhantaran makanan, adalah lebih baik jika anda mengambil kira faktor cuaca terlebih dahulu. Jangan hanya fikir untuk mengenyangkan perut sendiri sahaja.
Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱
- SUMBER
- CariForum