Walaupun ia kedengaran tidak logik dan pelik, namun hakikatnya ia boleh berlaku jika pembuangan sampah mengandungi bahan kimia dan sisa ubatan dibuang ke dalam sungai atau kolam ikan.

Ini kerana ikan dikhuatiri akan memakan sisa sampah serta ubatan yang dibuang tadi seperti racun serangga, pil perancang dan metformin seterusnya boleh mengancam nyawa hidupan laut ini.

BACA: Starbucks Indonesia Didakwa Sokong LGBT

Sumber dari media.ihram.asia

“Feno­mena ‘transgender’ itu akan memberi kesan negatif jangka panjang termasuk kepupusan spesies ikan jika tidak dikawal,” kata Pakar Genetik dan Pembiakbakaan Ikan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Yuzine Esa.

Walau bagaimanapun, fenomena ini bukanlah perkara pelik kerana ia turut boleh berlaku secara semulajadi kepada hidupan jenis hermafrodit contohnya ikan te­rubuk, salmon dan giru.

“Namun, kes ‘transgender’ ikan akibat terdedah kepada pencemaran sebenarnya telah berlaku sejak beberapa tahun lalu terutama di negara-negara Barat,” tambahnya lagi.

Sumber dari monster-bego.blogspot.my

“Ia turut berlaku di Malaysia namun tiada kajian lanjut dilakukan. Hakikatnya, segala hidupan dalam air terutamanya ikan memang boleh bertukar jantina daripada jantan kepada betina sekiranya terdedah kepada pencemaran sisa-sisa ubatan,” lapornya kepada kosmo.

Kesimpulannya, pencemaran sememangnya tidak elok untuk flora dan fauna. Buang sampah di tempat yang sepatutnya supaya kita dapat mengurangkan pencemaran yang berlaku di negara ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?