Kalau pergi ke gedung perabut IKEA, tak sah rasanya kalau tak pekena Swedish meatballs yang popular gila tu. Boleh dikatakan ramai yang datang ke sana untuk menikmati bebola daging tersebut dan bukan untuk beli barang IKEA.

Buat peminat meatball IKEA, jangan lepaskan promosi pada 10 Oktober ini dimana mereka menawarkan 10 biji Meatball dengan hanya RM3 sahaja.

BACA: IKEA Perkenal Menu Terbaru Semuanya Berasaskan Durian!

Tapi perlu diingatkan harga tersebut hanya ditawarkan untuk ahli IKEA Family sahaja dan menariknya setiap pemegang kad hanya dihadkan untuk dua hidangan sahaja. Boleh la makan ramai-ramai.

Tunggu apa lagi, daftar sebagai IKEA Family secara percuma sekarang. Tawaran ini sah di semua cawangan IKEA seluruh Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥