Jika sebelum ini video aiskrim Indonesia tular di seluruh dunia, kini iklan terbaru dari jenama aiskrim tersebut kembali lagi dengan video lebih kreatif namuh masih mengekalkan konsep cerita dongeng.

Walaupun ia kelihatan agak pelik dengan kewujudan teknologi canggih pada zaman dahulu, tetapi ia dapat menarik minat orang ramai yang melihat iklan tersebut.

BACA: Inilah Dia Iklan Aiskrim Indonesia Yang Viral Satu Dunia

Video yang berdurasi selama 2:38 saat itu menunjukkan Raja Nusa membuat vlog di saluran Nusantara Vlog mengenai pembelian barang dari monitor ajaib iaitu Cawan Raja Nusa.

Cawan yang mempunyai ukiran wajah raja tersebut akan digunakan untuk makan aiskrim Indoeskrim Nusantara dan dalam vlog itu dia turut memberitahu lokasi-lokasi terpilih untuk pembelian aiskrim berkenaan.

Pasti ramai yang tertunggu-tunggu sambungan video ini kerana jalan cerita yang menarik dan idea kreatif dalam penghasilan video aiskrim ini nyata memberi kelainan serta membuatkan ramai yang ingin tahu apa kesudahan iklan unik tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bubur Ayam Ganja Dibalik Tak Tumpah? | Bandung Part 03