Cendol adalah pencuci mulut yang sangat terkenal di Malaysia sejak dahulu lagi. Ais kisar bersama kuah santan di maniskan dengan cairan pekat gula merah merupakan kombinasi pemanis mulut yang sangat sempurna bersama lemak santan kelapa.

Cendol dikatakan sudah bertapak di Malaysia sejak 1930-an lagi dan sesetengah penjual cendol telah mengusahakan perniagaan cendol sejak tiga generasi hingga sekarang.

Cendol sangat terkenal di negara-negara Asia Tenggara, dari Filipina, Vietnam yang digelar chè ba màu, Thailand lot chong hingga ke kepulauan Jawa yang di gelar Jendol dan Cendol.

Adalah tidak dapat dipastikan siapa pencipta cendol sebenar dan dari mana asal-usul cendol namun setiap negara di Asia Tenggara mempunyai identiti cendol yang tersendiri.

Benarkah cendol berasal dari Indonesia?

CNN Travel dalam satu laporan yang dikemaskini bertarikh 8 April 2018 telah menyenaraikan Cendol Indonesia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia. Imej dari CNN.

Sebuah portal berita antarabangsa CNN dalam satu slot CNN Travel yang telah dikemaskini bertarikh 8 April 2018 telah menyenaraikan Cendol Indonesia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia.

Namun apa yang menarik pada asalnya penyenaraian itu turut dibuat pada tahun 2017 dan CNN travel telah meletakkan Cendol Malaysia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia.

Dan untuk kemaskini terbaru dari CNN Travel (seperti gambar di atas) telah menukar dan meletakkan Cendol Indonesia sebagai antara 50 minuman terlazat di dunia.

Perkara ini telah didedahkan oleh sebuah portal berita dari Malaysia iaitu Malaysia Kini bertarikh 4 Oktober 2017

MalaysiaKini menyebut CNN Internasional bertarikh Oktober 2017 telah menyenaraikan Cendol Malaysia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia. Imej dari Malaysiakini

Sejak artikal dari CNN itu didedahkan perkara itu telah menjadi tular dan telah mendapat kecaman netizen dari Indonesia. Dalam laporan Malaysiakini memetik dari portal Indonesia Kompas Travel seorang pensyarah dari fakulti sastera Yogyajarta, Heri Priyatmoko berkata, beliau percaya minuman itu berasal dari Indonesia.

“”Cendol diduga berasal dari Indonesia. Hal itu dibuktikan dengan meluasnya cendol di wilayah desa sejak dahulu hingga kini,” Katanya.

Perkara itu juga mendapat perhatian dari portal-portal Indonesia yang lain dan hangat dibincangkan ketika itu.

Sebuah portal bertia Indonesia Kompas.com membangkitkan isu cendol. Imej dari Kompas.com

Perkara ini telah menjadi perbualan hangat dari netizen di kedua-dua negara. Namun apa yang menariknya sebuah Akhbar antarabangsa The Guardian bertarikh 28 May 2017 telah memuat naik satu artikal berkenaan Cendol Tradisiaonal Malaysia sebagai hidangan pencucui mulut dari tradisi Baba dan Nyonya dari Melaka.

The Guardian telah memuatnaik satu artikal bertarikh 28 May 2017 mengenai Cendol Tradisional Malaysia. Imej dari The Guardian.

Dalam artikal itu The Guardian menyifatkan ‘Cendol Nyonya Melaka’ sebagai hidangan tradisi kegemaran Malaysia dan telah bertapak sejak 80 tahun yang lalu.

Ini bukan kali pertama Indonesia berbuat demikian

Popia pernah dikatakan milik Indonesia. Imej dari Vitdaily

Sebenarnya ini bukan kali pertama Indonesia berbuat demikian. Mereka juga mendakwa banyak perkara dari Malaysia adalah milik Indonesia seperti Batik, Tarian Kuda Kepang, Rendang dan juga lagu Rasa Sayang.

Popia juga pernah dikatakan milik Indonesia satu ketika dahulu apabila sekumpulan aktivis dari Indonesia telah mengadakan demonstrasi bagi menuntut kerajaan Malaysia supaya tidak menjadikan kuih popia sebagai makanan warisan negara kita.

Tuntutan itu dibuat oleh aktivis yang dikenali sebagai Forum Masyarakat Peduli Budaya Indonesia (Formasbudi) selepas mendakwa popia atau dikenali sebagai lunpia merupakan makanan khusus dari Semarang, Jawa Tengah. Penyelarasnya, Rahmulyo Adiwibowo berkata, Formasbudi mengambil langkah tersebut supaya popia Semarang tidak didakwa sebagai milik negara Malaysia.

Baca: Popia Sebenarnya Berasal Dari Negara Mana?

Bagaimana rupa cendol Indonesia?

Sebuah gerai menjual Cendol di Indonesia. Imej dari Tribunnews.com

Sebenarnya tidak banyak perbezaan antara hidangan cendol yang terdapat di Malaysia mahupun di Indonesia. Begitu juga dengan negara-negara Asian yang lain kerana bahan asasnya tetap sama seperti jeli hijau yang diperbuat dari tepung beras, santan dan juga gula merah sebagai pemanis.

Jika di Malaysia sangat popular dengan cendol kacang dan cendol durian, di Indonesia juga mereka turut menghidangkan cendol durian.

Artikal ini bukanlah bertujuan untuk membuat provokasi pada mana-mana pihak tetapi adalah sebagai penerangan ringkas mengenai budaya dan tradisi makanan serantau.

Kita sangat menggemari cendol sebagai pencuci mulut di kala musim panas. Dan setiap hirup sangat memuaskan. Adalah lebih baik kita menikmati cendol sebagai pencuci mulut tradisi negara masing-masing tanpa perlu ada pertikaian ia milik siapa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?

Sumber: CNN Travel, Malaysiakini, The Guardian