Ingatkan Pantai Dekat Luar Negara, Rupanya Di Malaysia!
Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan pasti ramai yang menyangkakan ianya seperti di Australia. Tetapi siapa sangka, pesisir pantai yang bersih ini sebenarnya hanya di Malaysia iaitu di negeri Terengganu.
Baru-baru ini, tular di media sosial pesisir pantai indah itu yang terletak di Seberang Takir. Gambar itu dimuat naik oleh seorang bekas jurugambar, Nasir Ali memaparkan sebuah basikal yang berlatar belakangkan sebuah pantai yang begitu indah. Nasir juga merupakan anak jati Seberang Takir.
BACA: Rakyat Malaysia Ke Luar Negara Bakal Dikenakan Levi Pelepasan
Untuk pengetahuan anda, Seberang Takir adalah sebuah perkampungan nelayan terkenal yang terletak di muara Sungai Terengganu.
Dalam pada itu, Nasir turut berkongsikan gambar jalan yang baru dibina di Kampung Seberang takir menuju ke Kuala Terengganu Drawbridge yang bakal menjadi tumpuan para pelancong.
Jambatan ini dijangka akan beroperasi sebelum Aidilfitri dan ia menghubungkan Seberang Takir dan Bandaraya Kuala Terengganu.
Apa pun, buat mereka yang ingin mengunjungi pesisir pantai indah itu di harap anda menjaga kebersihan kawasan tersebut. Siapa lagi yang akan menjaga keindahan pandai kita kalau bukan rakyat kita sendiri.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- SiakapKeli