Negara Jepun kini sedang giat melakukan kempen anti rokok bersempena dengan penganjuran temasya Sukan Olimpik 2020.

Kempen tersebut disambut baik oleh sebuah universiti Jepun, Universiti Nagasaki dimana pihak mereka tidak akan menggunakan perkhidmatan pensyarah yang merokok.

BACA: Cuti Khas 6 Hari Buat Pekerja Yang Tidak Merokok Di Jepun

Jurucakap universiti tersebut berkata, mereka tidak akan mengambil mana-mana pensyarah yang merokok, namun mereka yang berjanji untuk membuang tabiat itu sebelum memohon kerja di universiti berkenaan masih diberi kelonggaran.

Dalam pada itu, universiti itu juga turut mengharamkan aktiviti merokok di seluruh kawasan kampus bermula Ogos ini. Selain itu, pihak universiti turut membuka klinik bagi membantu mereka yang sukar untuk berhenti merokok.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥