Umum mengetahui 1 Januari 2020 secara rasminya larangan merokok di premis makan dan tempat awam mula dikuatkuasakan selepas pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.

Baru saja dua hari dilaksanakan, sebanyak 605 notis kesalahan dengan jumlah kompaun sebanyak RM 144,450.00 telah dikeluarkan. Susulan penguatkuasaan peraturan tersebut, rata-rata netizen gembira dengan tindakan yang diambil.

BACA: Saman Mula Dikeluarkan, Ramai Perokok Beri Alasan ‘Terlupa’ & ‘Tidak Tahu’

Namun jika anda terlihat mana-mana individu yang masih berdegil, anda boleh jalankan tanggungjawab dengan melaporkan kepada pihak berkuasa melalui perkhidmatan WhatsApp.

Pengguna boleh menghantar bukti kesalahan, nama restoran, waktu dan lokasi ia dilakukan ke nombor 0108608949 atau boleh terus membuat panggilan ke 0388924530.

Perokok yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan denda RM250, namun boleh dikurangkan ke RM150 jika denda itu dibayar dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Bagaimanapun, jika ingkar, pesalah boleh dikenakan saman maksimum hingga RM10,000 atau dua tahun penjara.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Buah Oren Baik Untuk Badan
Manggis Buah Kegemaran Ratu Victoria England?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱