Semalam satu berita mengejutkan rakyat apabila Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa hari ini, 3 Januari 2020.

Pengumuman itu ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dan ada yang tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil Maszlee Malik. Malah, ramai netizen memuat naik pencapaiannya sepanjang 20 bulan memegang jawatan itu yang memberi fokus kepada rakyat.

BACA: Dr Maszlee Malik Sah Letak Jawatan Menteri Pendidikan

Susulan itu, satu petisyen telah dilancarkan semalam mahu mengekalkan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Hasil pemerhatian, setakat ini 309,837 orang telah menandatangani pestisyen tersebut.

Untuk rekod, keputusan beliau untuk meletakkan jawatan menjadikan beliau sebagai antara menteri yang memegang portfolio ini dalam tempoh yang tersingkat.

Meskipun memegang jawatan tersebut dalam tempoh singkat namun banyak inisiatif yang dilakukannya untuk pendidikan Malaysia.

Antaranya sarapan pagi percuma untuk pelajar sekolah dan bekerjasama dengan kementerian lain agar kanak-kanak tanpa sijil kelahiran boleh ke sekolah dimana sebelum ini mereka tidak boleh berbuat demikian.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱