Rakyat Asia memang tak boleh lari daripada nasi kerana nasi merupakan makanan harian kita. Ada yang tak boleh jika tak makan nasi seharian dan ada juga elak makan nasi kerana takut berat badan naik. Tahukah anda sebenarnya ada cara masak nasi yang tak buat anda gemuk?

BACA: 5 Punca Badan Makin Gemuk Ketika Bulan Ramadan

Sumber dari peppersnspice.com

Kita sedia maklum bahawa kalori dalam nasi memang tinggi hinggakan ramai yang mengelak untuk mengambil nasi dalam diet mereka kerana khuatir berat badan susah turun.

Namun, pengkaji dari the College of Chemical Sciences dari Sri Lanka berjaya menemui cara untuk memasak nasi yang tidak akan membuatkan berat badan anda naik, lapor Times of India.

Cara-cara

1. Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa ke dalam air mendidih, kemudian masukkan setengah cawan beras dan rebus selama 40 minit.

2. Seterusnya, sejukkan selama 12 jam dalam peti sejuk sebelum makan. Cara begini dapat meningkatkan kandungan serat 10 kali ganda berbanding menanak nasi dengan cara biasa.

Cara di atas ini sesuai untuk anda yang mementingkan kesihatan dan menjaga badan kerana ia mengurangkan kadar kalori dalam nasi sebanyak 60 peratus.

Dengan cara dan saiz hidangan yang betul, nasi akan menjadi kawan baik anda walaupun anda sedang berdiet asalkan jangan ‘gatal tangan’ tambah nasi bila ada lauk kegemaran.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kevin Zahri Kongsi Tips Berkesan Nampak Kurus Dalam Gambar
Kajian: Hampir Suku Populasi Dunia Mengalami Obesiti

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Ini Baru Johor”