Setiap kali ke kedai mamak, tak sah rasanya kalau tak pekena teh tarik dengan roti canai. Namun sejak kebelakangan ini banyak cerita yang tidak sedap didengar mengenai tahap kebersihan kedai mamak.

Kalau anda suka sangat roti canai, apa kata buat je sendiri di rumah. Takkan la hari-hari nak beli. Apa yang pasti rasanya memang sebiji macam yang anda beli di kedai mamak. Rupanya senang je nak buat roti canai sendiri yang dikongsikan oleh Normarliana Abu Bakar menerusi Facebook.

BACA: Roti Canai, Teh Tarik Sah Akan Dikenakan Cukai SST

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng

Cara membuatnya:

1. Mula-mula campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat (uli lebih kurang 20 minit). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar gabak biar cepat siap.

3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.
Soalan : guna majerin boleh?
Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.

4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.

5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3-4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3-4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.

6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan-lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.

7. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai. Tebar besar sampai lebih saiz dulang nasi ambeng.

8. Lipat sisi pertama. Lipatan kedua. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.

9. Roti canai digoreng dengan gembira. Panas siap berkepul. Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Ikut selera masing-masing

Selamat mecuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang