Sejak kebelakangan ini cuaca di negara kita semakin panas. Ia berikutan fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini.

Bukan waktu siang sahaja rasa panas, waktu malam pun masih terasa bahangnya. Tapi takkan nak 24 jam nak pasang pendingin hawa. Macam mana pula dengan rumah yang tiada pendingin hawa? Ini cara mudah untuk sejukkan rumah ketika musim panas walaupun tanpa pendindin hawa.

BACA: Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac

1. Letakkan besen air di bilik

Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa bilik air dirumah selalu sejuk? Ini kerana adanya bekas air. Bilik akan menjadi sejuk jika diletakkan besen air kerana wap-wap panas akan diserap oleh air.

2. Pasang jaring kelambu & buka tingkap pada waktu malam

Pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Buka tingkap untuk membebaskan udara panas tersebut. Bila tingkap dibuka pasti nyamuk pula akan datang. Jadi anda perlu pasang jaring kelambu.

3. Guna lampu yang kurang mengeluarkan haba

Anda disaran menggunakan lampu jenis florescent kerana lampu jenis ini mengeluarkan cahaya yang terang tetapi mengeluarkan sedikit haba. Malah lampu jenis ini juga lebih menjimatkan elektrik.

4. Pokok ekor kucing boleh sejukkan rumah

Tanaman hiasan dalam bukan sahaja untuk hiasan semata tetapi berfungsi untuk menyejukkan rumah. Antara pokok hiasan yang boleh digunakan ialah ekor kucing dan pokok palma.

5. Warna cerah dinding dapat pantulkan haba

Sebolehnya jangan gunakan warna gelap pada dinding rumah kerana ia tidak memantulkan haba sekaligus rumah akan menjadi lebih panas. Gunakan warna cerah untuk memantulkan cahaya dan rumah akan jadi lebih sejuk.

6. Jauhkan penghawa diri dari TV & komputer

Nampak macam remah tapi sangat penting. Pasti anda tahu bahawa televisyen dan komputer mengeluarkan haba tinggi. Jadi, jika ianya diletakkan berdekatan dengan pendingin hawa, ia terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan rumah anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi