Gara-gara memesan makanan ekstra pedas, sebuah restoran Thai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat, cuba untuk membuatkan salah seorang pelanggannya menyesali permintaan itu namun individu terbabit tidak mengetahui apa yang berlaku sehinggalah ketika dia menerima resit pembayaran.

BACA: Beginilah Harga Madu Termahal Di Dunia

Logan Doan memesan pad Thai ekstra pedas ketika berada di Karnival Makanan Jalanan Asia di Jacksonville, minggu lalu.

Sebaik pulang ke rumah, dia menyedari resit pembayaran tertera perkataan ‘spicy’ sebanyak 17 kali sekaligus teringat pad Thai yang dipesannya dibanjiri dengan cili yang banyak.

Doan tidak terkesan dengan tindakan restoran itu kerana dia mampu menangani makanan pedas sebaliknya terkejut apabila resit itu tertera dengan perkataan ‘MAKE HIM REGRET BEING BORN’ (buat dia rasa menyesal dilahirkan).

Bagaimanapun, Doan berasakan tindakan restoran itu untuk membuatkan dirinya rasa menyesal tidak kesampaian sebaliknya berkata makanan tersebut tidak sedap seperti yang dijangkakan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!