Ini Jadi Bila Wedding Planner Tak Jujur
Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari paling membahagiakan kepada semua yang bergelar raja sehari. Namun, akibat sifat tamak menyelubungi diri pihak perancang perkahwinan atau wedding planner, ramai pengantin baru ‘berputih mata’ apabila hari bersejarah mereka tidak menjadi seperti yang diimpikan.
BACA: Awas! Ramai Yang Tertipu Dengan Panadol ‘Ajaib’
Seorang pengguna laman sosial Facebook, IYda Yusof II memuatnaik video mengenai majlis perkahwinan adik ipar rakannya di Johor Bahru yang menjadi mangsa penipuan wedding planner terkenal, ZurinJundi Wedding Planner.
Kakak ipar kepada pengantin lelaki tersebut, Rose Eusoff mendakwa pihak katering yang ditempah menerusi pakej dari Zurin Jundi Weddding Planner tiada pada majlis perkahwinan adik iparnya seterusnya mereka terpaksa menghidangkan satu jenis lauk sahaja kepada tetamu yang hadir.
Dia turut menjelaskan bukan niatnya untuk menjatuhkan sesiapa tetapi berasa kecewa dengan sikap ‘lepas tangan’ dari pihak Zurin Jundi Wedding planner hingga menjejaskan majlis perkahwinan adik iparnya.
“Tiada siapa nak menjatuhkan sesiapa. Tetapi kalau majlis adik kami, makanan tak sampai tu. Apa cerita sampai orang tua pengantin yang jatuh terduduk?,” soalnya.
“Bukan niat suka-suka nak memburukkan orang. Tetapi kami tak mahu orang lain menjadi mangsa seperti kami. Trauma seumur hidup,” jelasnya.
Selain Rose, kakak mangsa pihak Zurin Jundi Wedding Planner yang lain, Zainatulazlina Zailan turut memberitahu adiknya, Zainul, turut menjadi mangsa apabila pihak katering tidak sampai seperti yang dijanjikan.
“Report polis telah dibuat, berani buat berani tanggung. Katering tidak datang seperti yang dijanjikan. Pelamin jam 6 pagi sebelum majlis, baru pasang. Khemah dekat tengah malam baru sampai,” luahnya.
“Call tak berjawab, masuk voicemail. Dah habis majlis, tahu pula reply dan tak mahu pula bertanggungjawab. Konon-konon dia yang teraniaya,” ujarnya.
Berikutan itu, Zainul nekad untuk membuat laporan polis untuk menuntut ganti rugi kos malu, kos tambahan makanan tetamu serta ingin membuat aduan kepada pihak Tribunal Pengguna untuk mereka mengambil tindakan terhadap Zurin Jundi Wedding Planner.
Tidak lama kes ini tular, sekumpulan mangsa penipuan Zurin Jundi Wedding Planner menemui pemiliknya, Zurin Jundi di sebuah restoran berdekatan butiknya di Seksyen 7, Shah Alam bagi menuntut wang mereka.
Video itu dikatakan dirakam oleh salah seorang mangsa menunjukkan Zurin tunduk sambil menyembunyikan wajahnya dan kelihatan resah di samping seorang lelaki dipercayai suaminya.
Tidak lama selepas itu, dia ditahan oleh pihak polis kerana suasana semakin tegang dan tidak mendapat jalan penyelesaian.
Berikutan itu, Zurin telah menandatangani sekeping surat bagi pembayaran balik secara ansuran kepada beberapa mangsa.
Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara yang betul dan dijadikan iktibar kepada mereka yang ingin mendirikan rumahtangga agar lebih berhati-hati dalam berurusan untuk majlis perkahwinan akan datang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pyan Dah Gemuk, Perut Berlapis Teruk?
- SUMBER
- THE REPORTER