Biasanya jika ada majlis sambutan hari jadi rakan, pasti ada di antara rakan-rakan anda yang memberi idea ‘gila’ untuk memeriahkan sambutan dan menceriakan suasana.

Seorang pelajar warganegara luar maut apabila bertanding pertandingan makan roti ketika majlis sambutan hari jadi berlangsung di sebuah hotel.

BACA: Capati Tak Bulat, Suami Cekik Isteri Sampai Mati

Sumber dari kosmo.com.my

Pelajar lelaki warga Nigeria, Borokinni Sunday Pelumi, 32 tahun, rebah selepas menyertai pertandingan memakan roti di bilik hotel di Port Dickson, Negeri Sembilan pada pukul 1.30 pagi beberapa hari lalu.

“Selesai pertandingan, mangsa yang juga pelajar di sebuah kolej swasta di Selangor, telah lari ke belakang dan muntah lalu tidak sedarkan diri,” kata Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt. Zainudin Ahmad.

“Rakan mangsa kemudian membawanya ke hospital dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah ‘Asphyxia Secondary To Choking’,” jelasnya dalam sidang media.

Kesimpulannya, jangan terlalu memikirkan keseronokan semata-mata hingga membahayakan nyawa orang lain. Lebih elok bermain permainan yang menarik dan selamat daripada membuat pertandingan yang berbahaya seperti insiden ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Indomie Paling Pedas Di Dunia